KHASIAT STEVIA


Manfaat dan Khasiat Stevia

  Stevia adalah tumbuhan herba yang mendatangkan pelbagai khasiat terhadap tubuh badan kita. Sangatlah berbeza berbanding dengan gula pasir ( gula putih/gula tebu ), jika diambil dengan berlebihan boleh mendatangkan mudarat pada diri kita. Berlainan pula dengan Stevia, ianya tidak mendatangkan sebarang mudarat jika diambil dengan berlebihan kerana Stevia tidak mengandungi kalori, kolestrol mahupun lemak. Ia juga boleh diambil oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira umur sama ada dari peringkat kanak-kanak sehingga dewasa. Inilah yang cuba ditawarkan oleh produk RCC Stevia Sweetener khususnya kepada masyarakat Malaysia bagi menukar dari gula putih ke Pemanis Stevia semulajadi. Jom kita lihat manfaat dan khasiat Stevia.

Membantu kurangkan & imbangi gula dalam darah.
Membantu cuci usus & mengurangkan toksik badan.
Membantu pembuangan air kencing & air besar.
Meningkatkan tenaga dalam badan.
Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser.
Membantu sistem penghadaman makanan.
Membantu menurun & mengawal berat badan.
Mengurangkan masalah keradangan.
Mempercepatkan luka kecil sembuh.
Membantu masalah kulit kering.
Tubuh lebih segar dan sihat.
Menyihatkan jantung.

Bolehkah Saya Mengambil Stevia Jika Saya Penghidap Diabetis ?

  Penyakit diabetis adalah keadaan perubatan yang perlu dipantau dan dirawat oleh doktor atau pakar kesihatan yang bertauliah. Walau bagaimanapun, Stevia boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat bagi sesiapa sahaja yang mempunyai masalah gula dalam darah kerana Stevia tidak meningkatkan tahap gula dalam darah. Jika anda masih ragu-ragu mengenainya, anda boleh bertanya dengan doktor. Stevia adalah alternatif yang terbaik bagi menggantikan gula. Oleh itu, RCC Stevia Sweetener adalah jawapan kepada anda yang menghidap penyakit diabetis.