PENGENALAN STEVIA

 

Apa Itu Stevia ?

  Stevia mungkin agak unik diantara ramuan makanan yang lain kerana ia paling bernilai yang dimana ia tidak mengandungi kalori dan tidak seperti pengganti gula yang lain. Stevia adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga bunga matahari atau dalam bahasa saintifik Asteraceae. Terdapat 150 spesis Stevia dan ke semua berasal dari Selatan dan Utara Amerika Syarikat. Stevia yang paling bernilai dan yang selalu digunakan adalah dari spesis Rebaudiana (Bertoni), tumbuh di Paraguay dan Brazil, di mana mereka telah menggunakan daun Stevia bagi memaniskan makanan dan minuman selama beratus-ratus tahun dahulu. Manakala dalam perubatan tradisional di kawasan-kawasan ini, daun Stevia juga digunakan sebagai rawatan untuk luka akibat terbakar, sakit perut dan masalah usus.

 

Sekilas Fakta Berkenaan Stevia

Stevia merupakan tumbuhan semula jadi yang ditanam di Brazil dan Paraguay.
Stevia adalah lebih manis daripada gula – ekstrak Stevia boleh rasa 250-300 kali lebih manis daripada gula.
Ekstrak ini terkandung dalam beberapa barangan makanan di Amerika Syarikat seperti gula-gula, minuman protein dan beberapa jenis minuman teh.
Oleh kerana Stevia lebih manis daripada gula, penggunaannya dalam resepi hanya memerlukan kuantiti yang sedikit berbanding gula.
Stevia adalah bebas kalori ( zero-calories ), lemak dan kolestrol.
Daun Stevia mengandungi zat kalium, zink, magnesium dan vitamin B3.
Berdasarkan fakta nutrisi Stevia, dianggarkan 10.77% serat yang membantu dalam menyembuhkan sembelit dan melancarkan proses pencernaan.

Varieti Stevia

  Pada masa kini, nama Stevia bukan sesuatu yang asing lagi pada kalangan masyarakat, ia telah diperkenalkan dan dipasarkan dengan begitu meluas di seluruh pelusuk negara dan Malaysia juga tidak ketinggalan dalam penggunaan Stevia bagi menggantikan gula putih yang sedia maklum lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikkan. Oleh yang demikian, Stevia hadir dalam pelbagai bentuk bagi memberi anda pelbagai pilihan untuk melengkapkan sesuatu resepi atau minuman tertentu. Tips menarik: Anda tidak boleh menggantikan gula atau madu pada segelas cawan yang mengandungi Stevia — kerana herba ini lebih manis.

Daun Stevia Asli Stevia dalam bentuk herba asli iaitu dalam sifat semulajadinya. Daun yang dipetik daripada tumbuhan Stevia dan terus dikunyah akan memberikan rasa sensasi yang amat manis.
Bagi menjadikan Stevia lebih praktikal dalam penggunaan, daun ini mesti dikeringkan terlebih dahulu kemudian akan melalui proses pengekstrakan, yang menjadikannya lebih manis dari biasa.
Daun Kering Untuk mengeluarkan lebih rasa dan kemanisan daun Stevia, pengeringan dan menghancurkannya perlu dilakukan.
Daun yang kering adalah jauh lebih manis daripada yang asli. Stevia dalam bentuk ini, kebiasaannya digunakan dalam membancuh teh herba.
Daun Stevia yang kering boleh ditemui dalam bentuk seperti uncang teh.
Ekstrak Stevia Stevia dalam bentuk serbuk putih ini lebih banyak digunakan, terutamanya sebagai pemanis di Jepun.
Dalam bentuk serbuk ini, kemanisannya dianggarkan lebih 200-300 kali ganda manis daripada gula biasa.
Serbuk putih ini adalah ekstrak gula glikosida ( ejen pemanis semulajadi ) dari dalam daun Stevia.
Cecair Ia hadir dalam beberapa bentuk. Ada cecair hitam yang agak pekat ( akibat daripada daun yang dididihkan dalam air ), dimana boleh meningkat dan menambah perisa dalam pelbagai jenis makanan.
Anda juga boleh menggunakan cecair yang dibancuh dari pati serbuk putih dengan air kosong dan menyimpankannya dalam botol kecil bagi memudahkan penggunaan dengan hanya menitiskannya ke dalam masakan atau minuman.
( Seperti yang diperkenalkan oleh RCC Stevia, iaitu botol kecil yang hanya perlu titiskan jika ingin rasa kemanisannya. )
Stevia-Rebaudiana
Daun Stevia asli Daun Stevia yang telah dikeringkan dan dihancur Stevia yang telah diekstrak menjadi serbuk Stevia dalam bentuk cecair
( RCC Stevia Sweetener )