FAEDAH AHLI RCC

  Dengan menjadi ahli pengguna atau pengedar berdaftar RCC Global, secara tidak langsung anda berkelayakkan untuk memperoleh faedah-faedah yang diberikan oleh syarikat RCC Global. Syarikat memperkenalkan dan memberikan faedah kepada ahli RCC bagi membantu setiap ahli yang berdaftar dibawahnya demi menjaga kebajikan ahli ataupun seisi keluarga mereka untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung akibat musibah atau segala jenis perkara yang tidak diingini atau diluar jangkaan.
  Inilah kekuatan dan kelebihan yang tidak terdapat oleh mana-mana syarikat dalam menjaga kebajikan ahli berdaftar, akan tetapi RCC Global tidak hanya tertumpu dalam memperkenalkan dan menjual produk sahaja malah memberi dan membantu ahli dari setiap sudut.


Faedah-Faedah
Sebagai Ahli RCC Global !

  Terdapat beberapa faedah dibawah syarikat RCC Global dan setiap faedah mempunyai terma dan syarat bagi seseorang ahli berkelayakkan menerima faedah-faedah yang diberikan. Bagi mengetahui faedah-faedah tersebut, jom ikuti penerangan secara terperinci dibawah.

1. Tabung Khairat Kematian

Syarat Kelayakkan:

Warganegara Malaysia.
Keahlian mesti genap 3 bulan dari tarikh pendaftaran.
Membuat pembelian peribadi pada setiap bulan. ( Minimum 1 set berkembar RCC Stevia Sweetener )
Pembelian mesti 3 bulan berturut-turut dari tarikh kematian.

Jumlah Bantuan:

JUMLAH BELIAN
SET BERKEMBAR
1 Set/Sebulan 2 Set/Sebulan 3 Set/Sebulan
Ahli RCC RM2,000* RM2,500* RM3,000*
Suami / Isteri RM1,000* RM1,000* RM1,000*
Ibu / Ayah RM1,000* RM1,000* RM1,000*
Anak-Anak RM1,000* RM1,000* RM1,000*

* Jumlah sumbangan tidak tetap mengikut jumlah tabung dana.

Contoh:
Ahmad adalah ahli RCC dan sudah berkeluarga dimana mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak. Ahmad mendaftarkan Kesemua ahli keluarganya termasuk ibunya sebagai ahli RCC.
Setiap bulan dia membuat pembelian 1 set berkembar RCC Stevia Sweetener sehingga 3 bulan berturut-turut. Bulan seterusnya Ahmad telah meninggal dunia.
Oleh kerana Ahmad beserta setiap ahli keluarganya adalah ahli RCC dan pengguna yang setia ( membuat belian setiap bulan berturut-turut selama 3 bulan ), maka beliau beserta ahli keluarga beliau berkelayakkan menerima sumbangan khairat kematian. Berikut adalah cara sumbangan kepada keluarga Ahmad:

Pewaris Ahmad menerima: RM2,000
Isteri menerima: RM1,000
Anak pertama menerima: RM1,000
Anak kedua menerima: RM1,000
Anak ketiga menerima: RM1,000
Ibu kepada Ahmad menerima: RM1,000
JUMLAH KESULURUHAN DITERIMA: RM7,000

2. Tabung Kebajikan

Syarat Kelayakkan:

Warganegara Malaysia.
Keahlian mesti genap 3 bulan dari tarikh pendaftaran.
Membuat pembelian peribadi pada setiap bulan. ( Minimum 1 set berkembar RCC Stevia Sweetener )
Pembelian mesti 3 bulan berturut-turut dari tarikh ditimpa musibah.

Jenis musibah dengan sumbangan minima RM500 sehingga RM5,000:

Kebakaran – Melibatkan harta benda seperti rumah.
( Laporan polis, gambar dan kad pengenalan dengan alamat kejadian )
Benca Alam – Melibatkan bencana alam seperti banjir atau ribut yang merosakkan struktur rumah yang agak serius dan sebagainya.
( Laporan polis, gambar dan kad pengenalan dengan alamat kejadian )
Kemalangan – Hanya melibatkan patah pada anggota tubuh badan sendiri.
( Pengesahan doktor seperti gambar x-ray )

3. Diskaun

Sebagai ahli RCC, anda layak mendapat diskaun pembelian sebanyak 40% dari set berkembar RCC Stevia Sweetener.

4. Mata Ganjaran

Setiap pembelian peribadi oleh ahli RCC, layak untuk mendapat mata ganjaran sebanyak 30 Reward Point ( RP ). Jika anda mendaftarkan dua ahli baru dan disusun secara berpasangan dibawah rangkaian anda, anda akan mendapat 30RP. Maklumat lanjut boleh rujuk di bahagian ini.  >>[ MATA GANJARAN ]<<